Tuesday, July 15, 2008

Guru Besar SK. Desa Putra.

Moto Sekolah Kebangsaan Desa Putra


BERILMU BERAMAL BERIMAN


Lencana Sekolah Kebangsaan Desa Putra

Simbol buku dan pensil
:
Kepentingan menimba ilmu pengetahuan oleh setiap individu
Simbol “gear” dan tabung uji
:
Kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian
Simbol 5 bulatan bercantum
:
Bersatu, berhemah dan berdisiplin melakukan aktiviti sukan dan kokurikulum
Warna
:
Kuning – Melambangkan ketaatan dan kesetiaan
Merah – Melambangkan keberanian
Biru – Keharmonian warga sekolah
Putih – Kebersihan asas disiplin
Keseluruhan
:
Melambangkan kejayaan, kemajuan dan kekuatan yang diasaskan dan disiplin diri dalam menimba ilmu
Misi Kurikulum Sekolah Kebangsaan Desa Putra

. Sekolah akan berusaha sedaya upaya bersama sumber tenaga yang ada di sekolah secara optima untuk melahirkan murid dan generasi baru yang berkebolehan iaitu cemerlang dalam akademik serta mempunyai kekuatan daya saing serta bersedia menghadapi dunia globelisasi semasa dan akan datang.
Visi Kurikulum Sekolah Kebangsaan Desa Putra

Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 LULUS dalam semua mata pelajaran dengan pencapaian minima 75% dan seramai 20 orang mencapai 5A dalam UPSR
Misi Sekolah Kebangsaan Desa Putra

Menggunakan dan membangunkan semua sumber yang ada di sekolah yang relevan untuk perkembangan potensi individu sepenuhnya bagi meningkatkan prestasi akademik, kokurikulum, sahsiah dan pentadbiran sekolah bagi memenuhi keperluan sekolah, negeri dan negara tercinta.
Visi Sekolah Kebangsaan Desa Putra

SKDP akan menjana individu yang berkualiti untuk keperluan bangsa, agama dan negara tercinta.
Objektif Kementerian Pelajaran Malaysia

1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu


2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera


3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara


4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia

Membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia
Latar Belakang Sekolah Kebangsaan Desa Putra

Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang bertanggungjawab melahirkan murid yang berketerampilan dalam bidang jasmani, emosi, rohani dan intelek selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kejayaan sesebuah sekolah bergantung sepenuhnya kepada komitmen pentadbir dalam merancang dan menetapkan hala tuju yang jelas kepada semua warga sekolah.
Tugas dan tanggungjawab mengurus dan memimpin sesebuah sekolah amat kompleks dan mencabar. Guru Besar sebagai peneraju sekolah hendaklah bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan. Persiapan yang mantap membolehkan guru besar menggabungjalinkan segala bidang-bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, organisasi dan sebagainya bagi melahirkan pendidikan berkualiti dan sekolah berkesan. Dalam konteks ini Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) dijadikan satu piawaian minumum untuk memimpin, mentadbir dan mengurus sekolah.
Sekolah Kebangsaan Desa Putra yang berada di bawah pentadbiran PPD Sepang merupakan sebuah sekolah yang terletak dalam perkampungan Desa Putra dan berhampiran dengan taman perumahan dan Putrajaya. Murid-muridnya adalah terdiri daripada ibu bapa mereka yang bekerja sendiri, pegawai kerajaan dan pekerja swasta. Ini menjadikan murid-muridnya terdiri dari pelbagai latar belakang yang mempengaruhi faktor pendidikan, politik dan sosio ekonomi.
Pertambahan kawasan taman perumahan telah menyebabkan bilangan murid semakin bertambah manakala kapasiti sekolah dari aspek kemudahan fizikal dan prasarana amat terhad. Oleh itu sekolah ini dijalankan dalam dua sesi di mana sesi pagi melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 manakala sesi petang melibatkan murid tahun 1, 2 dan 3.