Latar Belakang Sekolah Kebangsaan Desa Putra
Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang bertanggungjawab melahirkan murid yang berketerampilan dalam bidang jasmani, emosi, rohani dan intelek selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kejayaan sesebuah sekolah bergantung sepenuhnya kepada komitmen pentadbir dalam merancang dan menetapkan hala tuju yang jelas kepada semua warga sekolah.
Tugas dan tanggungjawab mengurus dan memimpin sesebuah sekolah amat kompleks dan mencabar. Guru Besar sebagai peneraju sekolah hendaklah bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan. Persiapan yang mantap membolehkan guru besar menggabungjalinkan segala bidang-bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, organisasi dan sebagainya bagi melahirkan pendidikan berkualiti dan sekolah berkesan. Dalam konteks ini Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) dijadikan satu piawaian minumum untuk memimpin, mentadbir dan mengurus sekolah.
Sekolah Kebangsaan Desa Putra yang berada di bawah pentadbiran PPD Sepang merupakan sebuah sekolah yang terletak dalam perkampungan Desa Putra dan berhampiran dengan taman perumahan dan Putrajaya. Murid-muridnya adalah terdiri daripada ibu bapa mereka yang bekerja sendiri, pegawai kerajaan dan pekerja swasta. Ini menjadikan murid-muridnya terdiri dari pelbagai latar belakang yang mempengaruhi faktor pendidikan, politik dan sosio ekonomi.
Pertambahan kawasan taman perumahan telah menyebabkan bilangan murid semakin bertambah manakala kapasiti sekolah dari aspek kemudahan fizikal dan prasarana amat terhad. Oleh itu sekolah ini dijalankan dalam dua sesi di mana sesi pagi melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 manakala sesi petang melibatkan murid tahun 1, 2 dan 3.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment