Saturday, March 14, 2009

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2009




14 Mac 2009
Satu program khas telah dianjurkan oleh Y.B. Dato' Sri Mohd. Zin b. Mohamed Menteri Kerjaraya Malaysia iaitu "Teknik Menjawab Soalan UPSR 2009" telah diadakan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM ) Cyberjaya. Seramai 20 orang pelajar SK. Desa Putra telah terpilih untuk menyertai program ini.
Program ini merupakan kesinambungan kepada usaha-usaha Y.B. Dato' Sri untuk membantu pelajar-pelajar Tahun 6 di Parlimen Sepang.Dengan adanya program sebegini diharapkan dapat memberi semangat kepada generasi kini meneruskan kehidupan dengan mengejar ilmu dan melahirkan golongan pemimpin yang berwibawa dan berketrampilan mulia. Tahniah kepada semua yang terlibat.

" JASA MU DI KENANG "


13 Mac 2009
Jamuan Perpisahan dari guru-guru SK. Desa Putra untuk Pn. Hjh. Wan Nur Fadriah bt. Wan Idris ( Mantan Guru Besar SK. Desa Putra ), Pn. Norihan bt. Abdulah dan Pn. Hjh. Hairani bt. Hj. Hassan telah diadakan di Astana Dugang Country Resort " Teratak Hijjaz ".

Cerita seterusnya dari Laman Kelab Kebajikan Guru.

Sambutan Maulidur Rasul










13 Mac 2009
Pada setiap tahun apabila tiba detik 12 Rabiul Awal, seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w Sambutan ini diadakan adalah untuk memperingati jasa dan pengorbanan seorang tokoh pemimpin yang tiada tandingannya. Jasa bakti Nabi Muhammad s.a.w telah membawa perubahan kepada tamaddun manusia daripada kejahilan kepada kehidupan yang diredhai Allah s.w.t. Walaupun Nabi Muhammad s.a.w telah lama meninggalkan kita, namun baginda tetap dihati seluruh ummat Islam.
Kehidupan Rasulullah menjadi contoh tauladan terbaik kepada generasi selepasnya sehinggalah hari Qiamat. Kehidupan baginda penuh denga erti perjuangan dan menegakkan agama Allah s.w.t kepada sekelian insan.Kehidupan untuk memimpin seluruh manusia dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.
Dengan sambutan Majlis Maulidur Rasul di SK. Desa Putra diharapkan dapat menerapkan nilai-nilai Islam ke arah pembentukan individu muslim yang bertaqwa dengan persiapan rohani, jasmani dan sahsih bagi menghadapi hidup yang lebih mencabar pada masa akan datang.
Selain daripada itu diharapkan agar dapat melahirkan insan intelektual yang beriman yang mana murid-murid ini pada suatu hari nanti sudah tentunya menjadi masyarakat yang berguna, berilmu dan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang suci. Di samping itu juga, ianya dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dan berwawasan dalam membangunkan ummah dan negara.