Sunday, August 3, 2008

Renung Sejenak.


Beginilah keadaan pelajar-pelajar menaiki bas ke sekolah di India. Tiada pilihan lain bagi pelajar-pelajar ini yang terpaksa berhimpit bersama kawan-kawan apabila hendak pergi atau pulang dari sekolah.Bersyukur kita di Malaysia kerana negara yang aman makmur. Sistem persekolahan yang baik dan semua kemudahan disediakan. Bersyukur kita juga kerana dapat pergi dan pulang dari sekolah dalam keadaan yang selamat. Ada yang ke sekolah dihantar dan dijemput oleh ibu bapa dengan kereta. Ada juga yang menaiki bas atau berbasikal. Keadaanya tidaklah seperti di dalam gambar tersebut.Segalanya mencukupi.Harapan semua guru dan ibu bapa semoga gambar tersebut menjadi teladan kepada semua. Dalam kesenangan jangan lupa bahawa ada orang lain yang lebih susah dari kita. Dengan kesenangan inilah kita perlu berusaha dan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.Semua mendoakan kejayaan anda.