Saturday, March 14, 2009

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2009




14 Mac 2009
Satu program khas telah dianjurkan oleh Y.B. Dato' Sri Mohd. Zin b. Mohamed Menteri Kerjaraya Malaysia iaitu "Teknik Menjawab Soalan UPSR 2009" telah diadakan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM ) Cyberjaya. Seramai 20 orang pelajar SK. Desa Putra telah terpilih untuk menyertai program ini.
Program ini merupakan kesinambungan kepada usaha-usaha Y.B. Dato' Sri untuk membantu pelajar-pelajar Tahun 6 di Parlimen Sepang.Dengan adanya program sebegini diharapkan dapat memberi semangat kepada generasi kini meneruskan kehidupan dengan mengejar ilmu dan melahirkan golongan pemimpin yang berwibawa dan berketrampilan mulia. Tahniah kepada semua yang terlibat.

" JASA MU DI KENANG "


13 Mac 2009
Jamuan Perpisahan dari guru-guru SK. Desa Putra untuk Pn. Hjh. Wan Nur Fadriah bt. Wan Idris ( Mantan Guru Besar SK. Desa Putra ), Pn. Norihan bt. Abdulah dan Pn. Hjh. Hairani bt. Hj. Hassan telah diadakan di Astana Dugang Country Resort " Teratak Hijjaz ".

Cerita seterusnya dari Laman Kelab Kebajikan Guru.

Sambutan Maulidur Rasul










13 Mac 2009
Pada setiap tahun apabila tiba detik 12 Rabiul Awal, seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w Sambutan ini diadakan adalah untuk memperingati jasa dan pengorbanan seorang tokoh pemimpin yang tiada tandingannya. Jasa bakti Nabi Muhammad s.a.w telah membawa perubahan kepada tamaddun manusia daripada kejahilan kepada kehidupan yang diredhai Allah s.w.t. Walaupun Nabi Muhammad s.a.w telah lama meninggalkan kita, namun baginda tetap dihati seluruh ummat Islam.
Kehidupan Rasulullah menjadi contoh tauladan terbaik kepada generasi selepasnya sehinggalah hari Qiamat. Kehidupan baginda penuh denga erti perjuangan dan menegakkan agama Allah s.w.t kepada sekelian insan.Kehidupan untuk memimpin seluruh manusia dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.
Dengan sambutan Majlis Maulidur Rasul di SK. Desa Putra diharapkan dapat menerapkan nilai-nilai Islam ke arah pembentukan individu muslim yang bertaqwa dengan persiapan rohani, jasmani dan sahsih bagi menghadapi hidup yang lebih mencabar pada masa akan datang.
Selain daripada itu diharapkan agar dapat melahirkan insan intelektual yang beriman yang mana murid-murid ini pada suatu hari nanti sudah tentunya menjadi masyarakat yang berguna, berilmu dan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang suci. Di samping itu juga, ianya dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dan berwawasan dalam membangunkan ummah dan negara.

Thursday, March 12, 2009

BERITA SEKOLAH

1. Sekolah akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 13 Mac 2009.
2. Kelas tambahan waktu cuti ( Tahun 6 sahaja ) bermula 16 - 17 Mac 2009.
3. Pusat Sumber SK. Desa Putra dibuka sepanjang cuti pertengahan ( Isnin - Jumaat ).Semua murid digalakkan hadir.
4. Cuti pertengahan penggal bermula 14 - 22 Mac 2009.

"SELAMAT BERCUTI, JAGA KESELAMATAN DIRI DAN MENGULANGKAJI PELAJARAN".

Be Healthy for Life !


Gambar Kenangan Menteri Kesihatan Malaysia.

12 MAC 2009 ( Khamis ) Sekali lagi Guru Bimbingan dan Kaunseling SK. Desa Putra mengikuti forum
"Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2009" yang berlangsung di Auditorium Hospital Serdang, Selangor. Majlis sambutan tersebut disempurnakan oleh Y.B Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia.

Ape ceritanya...

Lihat dalam laman Bimbingan dan Kaunseling

Wednesday, February 25, 2009





21 Februari 2009 ( Sabtu )
Mesyuarat Agung PIBG ke 30.




18 Januari 2009 ( Ahad )
Perjumpaan Bersama Ibu Bapa Pelajar Tahun 6 - 2009. Membincangkan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling kepada pelajar-pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.








14 - 16 Januari 2009 ( Rabu - Jumaat )
Program Maju Diri berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada guru-guru SK. Desa Putra.














Selamat Tahun Baru 2009. Tekad Baru dan handphone baru. Ye ke...
Macam manapun kita semua dah meningkat usia. Dari Tahun 1 masuk ke Tahun 2 dan Tahun 2 ke Tahun 3 .... dan seterusnya. Kalau ditanya apa azam baru tahun ni... Ooo... macam macam. Tepuk dada tanya selera. Semua inginkan yang terbaik. Jadi kalau nak terbaik perlulah berusaha lebih. Kalau tahun 2009 masa untuk anda ( pelajar-pelajar )menduduki peperiksaan UPSR. Maka tahun ini juga anda perlu berusaha lebih. Cikgu dapat membantu dan memberi ilmu tetapi anda ( pelajar-pelajar ) sendiri perlu berusaha. " The man who succeeds above his fellows is the one who early in life clearly discerns his object, and towards that object habitually his powers.". Dari kata-kata ini ianya menunjukkan bahawa, orang yang lebih berjaya berbanding dengan orang lain adalah orang yang mampu melihat matlamat hidupnya di awal kehidupannya. dan mengarahkan segala tenaganya ke arah matlamat itu.Jadi anda ( pelajar-pelajar )sendiri perlu berubah. Lihatlah ke hadapan.Cikgu ucapkan selamat berjaya mencapai azam tahun 2009. Semoga tahun ini membawa lebih berkat, rahmat dan ketenangan dalam hati-hati kita semua. Amin.

Saturday, November 22, 2008

Vote Spiderman di Sebelah- Aktiviti Waktu Cuti





Waktu cuti telah bermula. Selama 50 hari anda berada bersama-sama keluarga. Berbagai aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang 50 hari tersebut. Sebagai seorang pelajar cemerlang, pelbagai aktiviti berfaedah boleh diadakan. Di sini cikgu berikan beberapa panduan yang boleh dilakukan sepanjang cuti tersebut.

1. Rancanglah aktiviti-aktiviti bersama keluarga. Tandakan tarikh-tarikh yang anda pilih untuk mengadakan aktiviti tersebut.Aturkan aktiviti sebaik mungkin agar kita tidak membuang masa begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa yang boleh memberi manfaat kepada diri kita sendiri.

2. Ajaklah ibu dan bapa anda bersama anda. Terutama membantu dalam mengulangkaji pelajaran. Ibu bapa juga harus menjadi “teman” ketika anak-anak sedang mengulangkaji pelajaran di rumah. Namun tidak semua ibu bapa dapat bersama sepenuhnya dengan anak mereka, mungkin ada yang kerja dan sebagainya. Walaupun begitu, luangkanlah sedikit masa demi kecemerlangan anak-anak kita. Sekiranya ibu bapa tidak dapat membantu, anda boleh membuat sesi kumpulan ( Kelompok ). Bersama rakan-rakan, anda dapat berbincang mengenai pelajaran anda.

Selain daripada itu juga, anda boleh vote / undi di sebelah untuk mendapatkan maklum balas dari cikgu mengenai aktiviti yang telah anda lakukan.
1. Mengulangkaji pelajaran
2. Mengikuti kelas tambahan
3. Melancong atau berkelah.
4. Melawat saudara mara atau rakan-rakan
5. Membantu Ibu Bapa
6. Atau bermain sahaja bersama kawan-kawan.

Cikgu akan membuat rumusan apabila anda membuat undian tersebut.
Selamat mengundi....

Sunday, November 16, 2008

Kalender Persekolahan 2009

Penggal 1 Hari Persekolahan 05.01.2009 hingga 30.01.2009 (20 hari)
Hari Persekolahan 01.02.2009 hingga 27.02.2009 (20 hari)
Hari Persekolahan 01.03.2009 hingga 13.03.2009 (10 hari)

Cuti Pertengahan Penggal 14.03.2009 hingga 22.03.2009 (9 hari)

Hari Persekolahan 23.03.2009 hingga 31.03.2009 (7 hari)
Hari Persekolahan 01.04.2009 hingga 30.04.2009 (22 hari)
Hari Persekolahan 01.05.2009 hingga 29.05.2009 (21 hari)

Cuti Pertengahan Tahun 30.05.2009 hingga 14.06.2009 (16 hari)

Penggal II

Hari Persekolahan 15.06.2009 hingga 30.06.2009 (12 hari)
Hari Persekolahan 01.07.2009 hingga 31.07.2009 (23 hari)
Hari Persekolahan 03.08.2009 hingga 21.08.2009 (15 hari )

Cuti Pertengahan Penggal 22.08.2009 hingga 30.08.2009 (9 hari)

Hari Persekolahan 31.08.2009 (1 hari)
Hari Persekolahan 01.09.2009 hinga 30.09.2009 (22 hari )
Hari Persekolahan 01.10.2009 hingga 29.10.2009 (22 hari)
Hari Persekolahan 02.11.2009 hingga 20.11.2009 (15 hari)

Cuti Akhir Tahun 21.11.2009 hingga 03.01.2010 (44 hari)

Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Kalender Persekolahan Bagi Negeri-Negeri
• Perlis
• Pulau Pinang
• Perak
• Selangor
• Negeri Sembilan
• Melaka
• Johor
• Pahang
• Sabah
• Sarawak
• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Wilayah Persekutuan Labuan
• Wilayah Persekutuan Putrajaya

Friday, November 14, 2008

UPSR 5A 12 Orang. SK. Desa Putra

Tahniah untuk pelajar-pelajar kami. 12 orang pelajar telah mendapat 5A.
Mereka ialah :
1. Ain Athirah bt. Mohd. Kamal
2. Amer Danish b. Amerudin
3. Amir Ashraf b. Shahrudin
4. Hadfina bt. Muhammad Haron Husaini
5. Mohamad Sharul Arief b. Samsudin
6. Muhammad Amirul Haniffah b. Mohd. Faiz
7. Nur Aqilah bt. Saharudin
8. Nur Hamizah bt. Mohd. Fauzi
9. Nur Hazwani bt. Ahmad Suhaimi
10. Nurin Huda bt. Abdul Mutti ( pasangan kembar )
11. Nurin Husna bt. Abdul Mutti
12. Nur Syuhada bt. Ahmad Redzuan.

Thursday, November 13, 2008

4 in 1 SK. Desa Putra

13 November 2008 - Empat program yang dijalankan dalam satu hari ( 4 in 1 ). Inilah tajuk ringkas yang dilakukan oleh guru-guru SK. Desa Putra.
1. Mengadakan Sambutan Hari Anugerah Cemerlang ( HAC )
2. Meraikan pelajar-pelajar yang mendapat 5A
3. Mengadakan Jamuan Akhir Tahun dari Badan Kebajikan Guru dan Staf
4. Menghadiri Mesyuarat Akhir Tahun.

Pengorbanan guru begitu besar. Begitulah tugas seorang guru. Seawal 7.00 pagi mula melangkah ke pintu pagar sekolah,umum mengetahui bahawa rutin hariannya akan masuk ke kelas. Tetapi pada hari ini guru-guru sibuk ke dewan kerana mengadakan Hari Anugerah Cemerlang ( HAC ).






Pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan diberi hadiah sebagai satu ransangan dan pengiktirafan. Harapan dari guru-guru dan ibu bapa agar kejayaan tersebut akan dikekalkan pada masa depannya. Terima kasih kepada PPD. Sepang,ibu bapa yang hadir pada hari tersebut dan terima kasih juga kepada En. Zainuddin b. Ibrahim - Pengurus Besar Stesen Janakuasa Eletrik Serdang kerana sudi merasmikan majlis HAC.





11.00 pagi. Keputusan peperiksaan diumumkan. 12 orang pelajar dari 120 orang mendapat 5A. Tahniah.... Inilah hari yang paling mengembirakan bagi guru-guru setelah berpenat lelah mendidik akhirnya dapat melihat kejayaannya.


1.30 petang. Setelah habisnya program HAC dan meraikan pelajar-pelajar mendapat 5A, guru-guru mengadakan sedikit jamuan akhir tahun (Anjuran dari Kelab Badab Kebajikan Guru dan Staf SK. Desa Putra.. Jamuan terakhir bagi tahun 2008. Tahniah kepada guru-guru SK. Desa Putra. Budi kalian tetap dihargai. ( Gambar- Yang Di Pertua PIBG SK. Desa Putra Ir. Hj. Mohd. Hatta b. Zakaria menyampaikan hadiah kepada guru Tahun 6 )

3.00 petang hingga 6.00 petang. Guru-guru SK. Desa Putra menghadiri mesyuarat akhir tahun. Maklumat terakhir tahun 2008 dan beberapa perancangan tahun 2009 dimaklumkan oleh Guru Besar SK. Desa Putra. Pn. Hjh. Wan Nor Fadriah bt. Wan Idris. Bagi saya pengorbanan guru-guru amat besar sekali. Tahniah juga kepada boss kami... Guru Besar le kerana menerajui SK. Desa Putra.

Besok hari terakhir ( Jumaat )maka berakhirlah setahun di SK. Desa Putra. Tahun 2009 tetap dinantikan dengan perkara yang baru.

Friday, October 31, 2008

Guru SK. Desa Putra ke Mekah


Dua orang guru dari SK. Desa Putra akan menunaikan fardu haji pada tahun ini. Mereka ialah Pn. Hairani bt. Hj.Hassan ( gambar ) dan Pn. Norhayati bt. Miswan. Mereka akan berangkat pada 2 November 2008.Semoga perjalanan mereka ke sana dan kembali dengan selamatnya. Kami warga SK. Desa Putra mendoakan kesejahteraan anda. Moga mendapat haji mabrur.

Apa cerita Mekah, Arafah, Mudzalifah, Mina dan Madinah iaitu tempat yang bakal mereka tujui.... serta MasjidilHaram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. InsyaAllah nanti kami pun nak ke sana.....

Tuesday, October 28, 2008

Sumbangan untuk sekolah.



Beberapa orang guru dan tukang kebun SK. Desa Putra menyiapkan projek untuk sekolah.. Objektifnya satu iaitu untuk menceriakan sekolah. Sekolah cantik, semua suka. Kelihatan Cikgu Khairy dan Cikgu Rosdi bersama beberapa orang pelajar Tahun 6 di bawah program Panitia Kajian Tempatan sedang membuat rumah semaian.Begitu juga tukang kebun En. Zainal sedang membuat semen-fero. Nak tanam pokok bunga agaknya....

Projek Tanam Pokok Durian




28 Oktober 2008 ( Selasa ) pelajar-pelajar Tahun 6 bersama guru B&K mengadakan projek menanam pokok durian di luar pagar sekolah. Sebanyak 16 benih pokok durian terpilih telah ditanam. Ini merupakan satu aktiviti selepas UPSR. Selain daripada itu ianya merupakan kenangan kepada pelajar-pelajar apabila meninggalkan sekolah ini nanti. Tapi pokok durian tu.... 10 tahun lagi baru berbuah. Camna ye...

Monday, October 20, 2008




20 Oktober 2008 Perlawanan Footsall di antara pelajar-pelajar Tahun 6 Lelaki telah diadakan di Dataran Sukan Kampung Desa Putra. Perlawanan 5 sebelah telah di anjurkan untuk memenuhi program Tahun 6 selepas UPSR. Pengadil yang mengadili permainan tersebut ialah Cikgu Muhammad Rosdi dan Cikgu Sabri. Semua pelajar-pelajar lelaki Tahun 6 terlibat. Tahniah kepada pasukan yang berjaya.

Sunday, October 19, 2008

Program Oktober 2008


SEHARI DI MELAKA
Perjalanan sehari ke Melaka Bandaraya Bersejarah pada pagi 18 Oktober 2008 (Khamis) begitu meriah sekali. Kekawan sesama pejabat ( cikgu-cikgu SK. Desa Putra le tu... ) menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya di Hotel Naza, Melaka. Hasil perbincangan dan mesyuarat maka Majlis Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan di bawah Pengurusinya iaitu Cikgu Rosli b. Suib memutuskan bahawa jamuan hari raya tahun ini di buat di Melaka. Maka ..... seramai 80 orang kaitangan SKDP pun bertolaklah ke Melaka. Bestnya ada yang menaiki bas, ada yang berkereta dan ada yang bemalam di Hotel Naza. Masing-masing dengan haluan yang sama, bersantai dan memeriahkan suasana hari raya dengan kekawan.

Kalau nak tahu apa aktiviti di sana....
1. Kami pergi ke Bandar Hilir. Menaiki Menara Taming Sari, membeli belah, dan makan tengahari.
2. Sembahyang di Masjid Besar Melaka.
3. Pukul 2.15 petang bertolak ke Hotel Naza.
4. 2.45 petang kami semua berkumpul di Hotel Melaka menikmati jamuan yang disediakan.
5. 5.30 petang kami bertolak pulang ke SKDP dan sampai pada pukul 7.05 petang.

Kalau ada peluang tahun depan InsyaAllah kita anjurkan program sebegini lagi.



17 Oktober 2008. Ceramah khas untuk pelajar-pelajar Tahun 6 bertajuk "Remaja Pembentuk Negara Cemerlang" telah diadakan di SK. Desa Putra.Penceramah khas Ustaz Ab. Ghani dari Pejabat Pelajaran Daerah Sepang dijemput memberi ceramah tersebut. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.





16 Oktober 2008 Pelajar-pelajar Tahun 6 SK. Desa Putra seramai 120 orang dan 12 orang guru telah mengikuti rombongan ke Melaka. Sehari suntuk pelajar dan guru-guru berada di Melaka. Antara tempat yang dilawati :
1. Melawat Zoo Ayer Keroh.
2. Melawat Muzium Kecantikan.
3. Muzium Kastam.
4. Muzium TLDM.
5. Muzium Bahtera.
Akhirnya pada pukul 4.30 petang pelajar-pelajar berehat di Melaka Parade. Makan KFC dan bertolak pulang. 8.10 malam baru sampai ke sekolah.... Fuh... penat.








14 hingga 15 Oktober 2008
Selaku Tuan Rumah, SK. Desa Putra diberi kepercayaan menjalankan Program RIMUP - Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan dari Pajabat Pelajaran Daerah Sepang.
En. Abdul Rahman Khalid ( Guru HEM SKDP ) selaku pengerusi program dibantu Guru Kaunseling dan Guru Disiplin sekolah telah merancang untuk menjayakannya di ARL Equestrian, Putrajaya. ( Program Berkuda le .. ) Seramai 50 orang pelajar dari pelbagai kaum ( Melayu, Cina dan India ) telah dipilih dari SK. Desa Putra, SK. Sg. Merab Luar, SK. KLIA, SJK (C) Chio Chiao dan SJK (T) Ladang Bute. Kerjasama yang diberikan oleh pihak ARL.Eq. Putrajaya amat baik sekali. Terima kasih dan sekalung tahniah kepada pihak ARL. Eq, Putrajaya serta KPM, PPD. Sepang, sekolah-sekolah yang terlibat dan guru-guru yang banyak membantu.

Beruntung murid-murid sekarang dapat mengikuti program sebegini. Cikgu dulupun tak dapat mengikuti program sebegini.Nak tahu lebih lanjut - kunjungi laman blog HEM.



8 Oktober 2008 Program Menabung di adakan di SK. Desa Putra. Kakitangan Bank Nasional dijemput untuk membuka akaun kepada pelajar-pelajar. Hanya RM 10.00 sahaja pelajar-pelajar dapat membuka akaun baru. Selain daripada itu pelajar-pelajar diberi tabung sebagai galakan kepada mereka untuk menabung. "Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya" Sedikit-sedikit Lama-lama Jadi Bukit" Camna... kalau jumpa duit syiling emak atau ayah masuklah ke tabung tersebut.Lama-lama dah banyak, hantarle ke bank.


26 September 2008. Majlis Khatam Al-Quran telah dijalankan dengan jayanya. Alhamdulillah ianya disambut dengan meriah sekali. Seperti tahun-tahun sebelumnya Panitia Agama SK. Desa Putra mengadakan program sebegini untuk meraikan pelajar-pelajar yang telahpun khatam Al-Quran. Selain daripada itu menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tetamu khas dijemput pada tahun ini ialah Tn. Hj. Mutalib dari Pajabat Pelajaran Daerah Sepang.