Sunday, October 19, 2008

Program Oktober 2008


SEHARI DI MELAKA
Perjalanan sehari ke Melaka Bandaraya Bersejarah pada pagi 18 Oktober 2008 (Khamis) begitu meriah sekali. Kekawan sesama pejabat ( cikgu-cikgu SK. Desa Putra le tu... ) menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya di Hotel Naza, Melaka. Hasil perbincangan dan mesyuarat maka Majlis Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan di bawah Pengurusinya iaitu Cikgu Rosli b. Suib memutuskan bahawa jamuan hari raya tahun ini di buat di Melaka. Maka ..... seramai 80 orang kaitangan SKDP pun bertolaklah ke Melaka. Bestnya ada yang menaiki bas, ada yang berkereta dan ada yang bemalam di Hotel Naza. Masing-masing dengan haluan yang sama, bersantai dan memeriahkan suasana hari raya dengan kekawan.

Kalau nak tahu apa aktiviti di sana....
1. Kami pergi ke Bandar Hilir. Menaiki Menara Taming Sari, membeli belah, dan makan tengahari.
2. Sembahyang di Masjid Besar Melaka.
3. Pukul 2.15 petang bertolak ke Hotel Naza.
4. 2.45 petang kami semua berkumpul di Hotel Melaka menikmati jamuan yang disediakan.
5. 5.30 petang kami bertolak pulang ke SKDP dan sampai pada pukul 7.05 petang.

Kalau ada peluang tahun depan InsyaAllah kita anjurkan program sebegini lagi.



17 Oktober 2008. Ceramah khas untuk pelajar-pelajar Tahun 6 bertajuk "Remaja Pembentuk Negara Cemerlang" telah diadakan di SK. Desa Putra.Penceramah khas Ustaz Ab. Ghani dari Pejabat Pelajaran Daerah Sepang dijemput memberi ceramah tersebut. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.





16 Oktober 2008 Pelajar-pelajar Tahun 6 SK. Desa Putra seramai 120 orang dan 12 orang guru telah mengikuti rombongan ke Melaka. Sehari suntuk pelajar dan guru-guru berada di Melaka. Antara tempat yang dilawati :
1. Melawat Zoo Ayer Keroh.
2. Melawat Muzium Kecantikan.
3. Muzium Kastam.
4. Muzium TLDM.
5. Muzium Bahtera.
Akhirnya pada pukul 4.30 petang pelajar-pelajar berehat di Melaka Parade. Makan KFC dan bertolak pulang. 8.10 malam baru sampai ke sekolah.... Fuh... penat.








14 hingga 15 Oktober 2008
Selaku Tuan Rumah, SK. Desa Putra diberi kepercayaan menjalankan Program RIMUP - Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan dari Pajabat Pelajaran Daerah Sepang.
En. Abdul Rahman Khalid ( Guru HEM SKDP ) selaku pengerusi program dibantu Guru Kaunseling dan Guru Disiplin sekolah telah merancang untuk menjayakannya di ARL Equestrian, Putrajaya. ( Program Berkuda le .. ) Seramai 50 orang pelajar dari pelbagai kaum ( Melayu, Cina dan India ) telah dipilih dari SK. Desa Putra, SK. Sg. Merab Luar, SK. KLIA, SJK (C) Chio Chiao dan SJK (T) Ladang Bute. Kerjasama yang diberikan oleh pihak ARL.Eq. Putrajaya amat baik sekali. Terima kasih dan sekalung tahniah kepada pihak ARL. Eq, Putrajaya serta KPM, PPD. Sepang, sekolah-sekolah yang terlibat dan guru-guru yang banyak membantu.

Beruntung murid-murid sekarang dapat mengikuti program sebegini. Cikgu dulupun tak dapat mengikuti program sebegini.Nak tahu lebih lanjut - kunjungi laman blog HEM.



8 Oktober 2008 Program Menabung di adakan di SK. Desa Putra. Kakitangan Bank Nasional dijemput untuk membuka akaun kepada pelajar-pelajar. Hanya RM 10.00 sahaja pelajar-pelajar dapat membuka akaun baru. Selain daripada itu pelajar-pelajar diberi tabung sebagai galakan kepada mereka untuk menabung. "Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya" Sedikit-sedikit Lama-lama Jadi Bukit" Camna... kalau jumpa duit syiling emak atau ayah masuklah ke tabung tersebut.Lama-lama dah banyak, hantarle ke bank.


26 September 2008. Majlis Khatam Al-Quran telah dijalankan dengan jayanya. Alhamdulillah ianya disambut dengan meriah sekali. Seperti tahun-tahun sebelumnya Panitia Agama SK. Desa Putra mengadakan program sebegini untuk meraikan pelajar-pelajar yang telahpun khatam Al-Quran. Selain daripada itu menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tetamu khas dijemput pada tahun ini ialah Tn. Hj. Mutalib dari Pajabat Pelajaran Daerah Sepang.

No comments: