Thursday, September 4, 2008

Selamat Berpuasa.


Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana kita masih diberi nikmat untuk hidup dibawah naungan dan ajaran Islam dengan baik dan damai. Dan juga kita telah dipanjangkan umur sehingga kita boleh sekali lagi menyambut ketibaan Ramadhan al-mubarak bagi tahun ini. Semuga kedatangan Ramadhan al-mubarak bagi tahun ini akan menjadi satu peluang terbesar kepada kita untuk mengaut seberapa banyak pahala daripada pelbagai ibadat yang akan kita lakukan. Sesuai dengan sifat Ramadhan itu sendiri yang banyak dan membuka peluang-peluang baru bagi kita berbuat pahala seperti sembahyang sunat terawih, bersedekah dan berbagai lagi yang tidak kedapatan dalam bulan-bulan yang lain.
Selamat Berpuasa.

No comments: