Sunday, August 10, 2008
Seminar PIBG : Ibu Bapa Pembentuk Sahsiah Anak Cemerlang
Alhamdulillah pada tarikh 10 Ogos 2008 jam 10.00 pagi Seminar PIBG bertajuk Ibu Bapa Pembentuk Sahsiah Anak Cemerlang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan SK. Desa Putra. Seramai 125 orang guru dan ibu bapa menghadirinya.Majlis yang penuh bermakna untuk kebaikan murid-murid yang bakal menduduki UPSR 2008 diperjelas oleh Tn. Hj. Mohamed Ghazali b. Hamzah selaku penceramah dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Apa yang disampaikan secara keseluruhan oleh penceramah ialah mengenai :
10 Rukun Keibubapaan
( The Ten Commanment Of Parenting ).
1. Jadilah Ibu Bapa Bukannya Sahabat
2. Disiplinkan Anak-Anak Awal.
3. Luangkan Masa Untuk Bersama Anak-Anak
4. Kawal Alat Elektronik Di Rumah
5. Ambil Tahu Apa Yang Dilakukan Oleh Anak-Anak
6. Berpada-pada Dalam Memelihara Penghargaan Kendiri Anak-Anak
7. Kekalkan Perkahwinan
8. Jagalah Makan dan Minum Untuk Keluarga
( Pastikan Dari Sumber Halal dan Baik-Baik )
9. Memelihara Sembahyang.
10.Berdoa Untuk Keluarga.
InsyaAllah dari apa yang disampaikan Tn. Hj. Mohamed Ghazali akan diberkatiNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment