Wednesday, August 13, 2008
Kismis
Hari ini 13 Ogos 2008 merupakan hari kedua pelajar-pelajar Tahun 6 menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Nampaknya ada peningkatan kefahaman pelajar-pelajar betapa pentingnya peperiksaan ini. Ada yang mengeluh, ada yang kecewa dan ada yang suka apabila mendapat kertas soalan. Kecewanya apabila mendapati tajuk karangan yang diharapkan tidak naik pada soalan tersebut dan gembira pula apabila semua yang diulangkaji semuanya naik. Itu le... Kena baca semua, jangan skop tajuk-tajuk tertentu sahaja. Dah habis periksa, jumpa dengan cikgu-cikgu dan bincangkan apa soalan yang susah. Dengan kawan-kawan pun kita boleh berbincang. Ada yang kita tahu dan ada pula yang kita tidak tahu, semuanya kita boleh kongsi bersama dalam perbincangan tersebut.
Selain daripada itu beberapa petua yang kita tahu boleh kita amalkan. Ingat semula petua-petua yang diberi semasa ceramah-ceramah yang kita hadiri. InsyaAllah dengan setiap yang kita usahakan akan berhasil nanti.
Pihak sekolah juga menyediakan kismis untuk pelajar-pelajar Tahun 6. Kismis minda yang dibeli khas dan diberi kepada pelajar-pelajar. Ianya merupakan rutin tahunan SK. Desa Putra dalam membantu pelajar-pelajar membudayakan diri dalam mengamalkan makanan berkhasiat terutamanya pembentukan minda. Kenapa diberikan kismis ?
Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
Cara makan juga juga diajar kepada pelajar-pelajar. Antaranya ialah :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
InsyaAllah dengan tenaga yang ada, dengan kesihatan yang baik dan otak yang masih dapat berfikir kita sama-sama berusaha untuk kebaikan bersama ( 5 A ). UPSR bukanlah penentu segalanya tetapi UPSR jugalah tempat menguji sejauhmana penguasaan ilmu yang kita perolehi sepanjang 6 tahun kita belajar di sekolah. Semua orang sukakan kejayaan... tetapi bagaimana pelajar-pelajar semua ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment