Wednesday, July 16, 2008

Tip Motivasi : Menghargai Orang Lain.

Dalam sehari, ucapkan terima kasih dengan penuh ikhlas pada sesiapa jua yang membantu Anda, yang menegur Anda dan yang memberikan Anda senyuman. Berikan mereka tanda penghargaan dengan ucapan 'thank you' atau 'terima kasih'.Ingat, kena ucap dengan ikhlas, seikhlas yang mungkin sehingga rasa keikhlasan tu meresap jauh ke dalam hati Anda, sejauh yang mungkin, setulus yang mungkin. Kalau tak ucap secara lisan atau berdepan, ucapkan di dalam hati.Dengan ini, membentuk diri Anda menjadi seorang yang pemaaf dan dalam jangka masa panjang, menghalang emosi negatif dari menompok tebal di minda Anda.Motivasi tak melekat di hati dan tak berkesan di minda kerana banyak gelombang-gelombang emosi negatif berkumpul di sekeliling kita, lalu membentuk tembok yang susah ditembusi. Baca buku motivasi banyak manapun, memang susah untuk berubah selagi tak pecahkan 'tembok' tu.Di waktu pagi, hargai mak Anda yang menyediakan sarapan untuk Anda. Ucapkan terima kasih padanya, setulus hati, jadikan dia rasa cukup dihargai.Beri penghargaan pada bos Anda, kerana dia menyediakan tempat kerja untuk Anda lalu membolehkan Anda mencari rezeki di organisasi miliknya. Niatkan sebagai menghargai jasanya mengambil Anda sebagai salah seorang pekerjanya.Hargai kekasih Anda yang selalu menyayangi Anda, yang selalu merindu Anda dan yang menjadikan nama Anda penyeri hidupnya.Bila kita melatih diri untuk menghargai orang lain, mereka akan menghargai kita juga.Last sekali, hargai Allah kerana memberi Anda nafas, kecerdikan dan peluang untuk Anda hidup sehari lagi bagi membolehkan Anda buat yang terbaik hari ini, lebih baik dari hari-hari sebelumnya.Jadikan pencapaian hari ini sesuatu yang terbaik buat diri Anda!

3 comments:

gb said...

Tahniah kerana cikgu telah dapat menghasilkan blog sekolah yang begitu menarik. Wah..lawan tauke nampak. Lebih canggih dari blog saya. Good job. Keep on blogging.Keep on motivating.

Khairyazlin Harun said...

:)

mista's adam said...

amboi cikgu gambar 6 bijak x der masok ker.kami pon nak glamor gak.hehehehehehe.jangan marah tau.